Muka Surat

Monday, 30 April 2012

PROGRAM DIAGNOS & RAWAT DI UTHM


Alhamdulillah, dengan izin ALLAH SWT; sekali lagi PERHIJAM dengan kerjasama Unit Sukan UTHM telah dapat mengadakan program DIAGNOS dan RAWAT pada 28hb APR dan 29hb APR, 2012 di dewan 3 dan 4 UTHM, Parit Raja, Johor.


Kali ini PERHIJAM menggabungkan tenaga perawat dari TEAM Pusat Latihan & Rawatan Holistik Nurul Iman, Hulu Langat; TEAM Rahmat & Aziz, TEAM Hj Zahaludin dari Klang dan TEAM Ustaz Radzi dari Beranang.


Pada sebelah malamnya, kami bermalam di Teratak Stokis Ramlee & Muslimah; dan peluang yang ada telah di manfaatkan dengan sebaik mungkin dengan menghabiskan masa dengan rawatan lintah dan yumeiho oleh TEAM USTAZ RADZI.


Program kali ini berjalan dengan lancar, pasien yang datang samada yang baru dan pasien ulangan telah berpuashati dengan rawatan yang diterima. Walaupun pada mulanya program ini hendak diadakan selama 4 hari; namun pengalaman bekerja dengan semua yang terlibat sungguh menyeronokkan. Banyak pengalaman yang baru dapat di timba samada dari pasien ataupun dari sesama perawat yang banyak pengalaman. Semuga ALLAH SWT memberkati usaha PERHIJAM yang sedikit ini dalam rangka untuk memperkenalkan terutamanya perawatan BEKAM SUNNAH yang SANGAT BERMANFAAT kepada masyarakat agar dapat mengecapi kesihatan yang sempurna. AMEEN

Saturday, 7 April 2012

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT #1/2012

TARIKH: 31hb Mach dan 1hb April, 2012
TEMPAT: Dewan 3 dan 4 UTHM, Parit Raja. Johor.




Program ini telah berjalan selama 2 hari; bermula pada tengahari hari sabtu sehingga petang hari ahad. Pada hari sabtu telah diadakan majlis taklimat yang disampaikan oleh Presiden PERHIJAM, Dr A Halim dan disusuli dengan program "Diagnos dan Rawat" yang dikendalikan oleh Herbalis Ramly, Dr A Halim, Pn Laini dan dibantu oleh Cik Lutfiyah. Seramai 19 orang telah mendaftar untuk didiagnos dan dirawat.

Pada hari kedua, program bermula tepat jam 10 pagi. Pasien pertama adalah seorang kakitangan UTHM yang lengan kirinya tersimbah air panas. Pasien telah menerima rawatan akupuntur dari Dr A Halim dan berjaya dirawat dengan menggunakan minyak butbut.

Seramai 5 orang ahli PERHIJAM dari Kuala Lumpur telah datang membantu untuk menjayakan program yang julung kalinya dianjurkan oleh PERHIJAM bersama dengan PUSAT SUKAN, UTHM Parit Raja. Seramai 39 orang yang terdiri dari kakitangan UTHM, Pensyarah dan juga pelajar telah mengambil bahagian dalam program ini.

Dari maklumbalas yang diterima, pihak penganjur bercadang untuk mengadakan program seumpama ini setiap bulan kerana ramai yang tidak berkesempatan untuk mengambil bahagian pada kali pertama program ini dijalankan.

Semuga ALLAH S.W.T memberkati usaha kami yang tidak seberapa ini dan memberikan kesembuhan kepada mereka yang dirawat dalam sessi "Diagnos dan Rawat" yang lepas. AMEEN.