Muka Surat

Wednesday 28 November 2012

KURSUS BEKAM SUNNAH

TARIKH: 16hb DIS 2012 [AHAD]
MASA: 9 PAGI HINGGA 5 PETANG
TEMPAT: PUSAT LATIHAN & RAWATAN HOLISTIK NURUL IMAN
YURAN: RM330.00 [TERMASUK 1 SET BEKAM 12 MANGKUK, PEN LANCET AUTO, JARUM BEKAM, MAKAN TENGAHARI DAN SIJIL PENYERTAAN (PERHIJAM)]


SILA SAHKAN PENYERTAAN DENGAN SMS NAMA PENUH & KAD PENGENALAN, TEMPAT ASAL KEPADA 013-3713500 SEBELUM 13hB DIS, 2012

Sunday 11 November 2012

KURSUS BEKAM SUNNAH

PERHIJAM dengan kerjasama PUSAT LATIHAN & RAWATAN HOLISTIK NURUL IMAN telah mengadakan satu KURSUS BEKAM SUNNAH pada 11hb NOV 2012.


Kursus telah dikendalikan oleh Herbalis Ramly Ahmad yang pernah mendapat Anugerah Khas Usahawan Herbalis oleh HPA Industries Sdn Bhd pada Feb 2011. Beliau menyampaikan kuliah secara teori dan praktikal kepada para peserta kursus BEKAM SUNNAH yang berjumlah seramai 11 orang.


Kali ini dalam sessi praktikal, motivator memulakannya dengan DEMO BEKAM TITIK ALA RO'SI dengan menggunakan teknik BEKAM SAYAT menggunakan SURGICAL BLADE.


Dalam sessi praktikal, para peserta wanita di pantau oleh Pn Laini Md Arif. Mereka di berikan keistimewaan membuat praktikal dalam bilik rawatan yang tertutup. Sementara peserta lelaki membuat praktikal di dalam dewan kuliah bersama Setiausaha PERHIJAM; Tn Hj Zahaludin Ibrahim.



SEMUGA ILMU YANG DIPELAJARI DAPAT DIMANFAATKAN UNTUK MENCARI KEREDOAAN ILAHI ........ AMEEN

Sunday 21 October 2012

KURSUS BEKAM ASAS

TARIKH: 11 NOV 2012 [AHAD]
MASA: 9:00 PAGI ~ 5:00PETANG
TEMPAT: PUSAT LATIHAN & RAWATAN HOLISTIK NURUL IMAN
                 58-1, JALAN LAGENDA SURIA 3, TAMAN LAGENDA SURIA. BT 12 HULU LANGAT.          
                 SELANGOR.

YURAN KURSUS: RM330.00 [1 SET BEKAM 12 MANGKUK, PEN LANCET, JARUM BEKAM, MAKAN TENGAHARI dan SIJIL PENYERTAAN] Sila BANK-IN RM150.00 kepada akaun MAYBANK 114 281 072 591 sebagai wang pendahuluan sebelum tarikh tutup 6hb NOV 2012.
NO TELEFON UNTUK DIHUBUNGI: RAMLY 013 - 371 3500
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 6 NOV 2012.

Monday 24 September 2012

Majlis Diskusi Buku "Penyembuhan Penyakit ..."

INSYALLAH; PERHIJAM dengan kerjasama TIBBUN MUBARAK WELLNESS CENTRE yang beralamat di 9456  Bangunan Kedai Taman Guru Melayu, Senawang, Seremban akan menganjurkan satu majlis diskusi tentang buku PENYEMBUHAN PENYAKIT KAEDAH BEKAM CARA RASULULLAH S.A.W.pada 20hb OKTOBER, 2012 [Sabtu] mulai jam 11:30 pagi.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua AHLI PERHIJAM, perawat Perubatan Islam dan mereka yang ingin mendalami BEKAM SUNNAH dengan lebih terperinci. Mereka yang hendak mengikuti seminar jangka pendek ini dikehendaki mengesahkan kehadiran ANDA dengan menghubungi SETIAUSAHA PERHIJAM; Hj Zahaludin 019-3857349 SEGERA.

Mereka yang telah mempelajari BEKAM SUNNAH dan sedang mempraktikkannya adalah digalakkan untuk hadir supaya dapat memantapkan lagi pemahaman ANDA dan berpeluang untuk mendapat IJAZAH SANAD BEKAM SUNNAH daripada pembentang kertas kerja di atas.

Kepada mereka yang terlepas peluang untuk hadir pada majlis diskusi tentang buku ini pada kali pertama yang diadakan pada 18hb Mac, 2012 yang lalu, diharap tidak melepaskan peluang keemasan ini berlalu tanpa mengambil tindakan untuk mendaftarkan nama anda segera. Tempat adalah terhad.


Tibbun Mubarak Wellness Center
PENGANJUR:
TIBBUN MUBARAK WELLNESS CENTER
9456 Bangunan Kedai Taman Guru,
Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu.
70450 Seremban. Negri Sembilan.

Ustaz Abdul Hadi 019-6627374
Umair 019-572 9717

Kursus Bekam Asas

Tarikh: 23hb SEPT 2012
Tempat: Pusat Latihan & Rawatan Holistik Nurul Iman

Alhamdulillah, satu kursus bekam asas (sunnah) telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti di atas yang dikendali oleh Perunding Kesihatan Ramly. Kali ini kursus tersebut dihadiri oleh 4 orang sahaja; kesemuanya lelaki dari Lembah Klang.

Di antara modul yang di ajar kepada peserta adalah:

  • Anatomi dan fisiologi (Kulit, Kardiovaskular)
  • Jenis-jenis bekam dan aplikasi.
  • Kaedah bekam menggunakan jarum dan pisau sayat.
  • Tempat atau kawasan yang tidak boleh dibekam pada tubuh.
  • Titik bekam sunnah; titik bekam tulang belakang dan titik bekam organ.



Hj Zahaludin (S/U PERHIJAM) sedang memberikan penerangan tentang PERHIJAM kepada peserta kursus sebelum majlis penyampaian sijil dan majlis penutup.

Wednesday 19 September 2012

KURSUS-KURSUS ANJURAN PERHIJAM 2012/13

ÏÑ$ÝÅLLÂH  PERHIJAM akan mengadakan KURSUS ASAS PERAWATAN KOMPLEMENTARI  bagi mereka yang ingin menceburi bidang perubatan alternatif dan komplementari mulai JANUARI 2013 yang akan datang dengan modul-modul seperti:
  • Anatomi dan Fisiologi asas
  • Asas Diagnos (Saraf Tapak Tangan dan Iridologi)
  • Refleksologi / Kiropraktik Asas
  • Bekam Sunnah
Kursus di atas termasuk teori dan praktikal akan mengambil masa 1 minggu berterusan.

Sementara itu, untuk mereka yang telah pun mengikuti kursus Bekam Asas (Bekam Sunnah) anjuran PUSAT LATIHAN & RAWATAN HOLISTIK NURUL IMAN; boleh mengikuti PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT yang akan diadakan pada 7hb OKT 2012 di Pantai Permai (Belakang RTM) mulai jam 9:00 pagi hingga 2:00 petang sebagai syarat untuk melayakkan mereka mendapat pengiktirafan sebagai PERUNDING KESIHATAN PERUBATAN KOMPLEMENTARI dari KKM melalui PERHIJAM.

Satu majlis diskusi buku "PENYEMBUHAN PENYAKIT KAEDAH BEKAM CARA RASULULLAH S.A.W." karangan Syihab Al Badri Yasin akan diadakan di Seremban pada 20hb OKT, 2012 (Tentatif). Dalam program pertama yang telah diadakan di Ibu pejabat PEHRIJAM pada 18hb Mac, 2012, Ustaz Abd Hadi dari Seremban telah diberi penghormatan untuk mempengerusi majlis tersebut.

Sebagai satu langkah untuk memperkenalkan bekam sunnah kepada masyarakat di Malaysia, PERHIJAM membuka peluang kepada mana-mana badan NGO, KOPERASI dan lain-lain badan untuk bekerjasama mempromosikan BEKAM SUNNAH ini di tempat mereka. Untuk maksud tersebut mereka boleh menghubungi setiusaha PERHIJAM untuk membincangkan perkara tersebut dengan lebih terperinci.

Tuesday 8 May 2012

KURSUS RAWATAN KOMPLEMENTARI

ALHAMDULILLAH, PERHIJAM telah diberi kepercayaan oleh JABATAN PENJARA MALAYSIA untuk mengendalikan kursus di atas bermula 8hb MEI hingga 12hb MEI kepada 10 orang pegawai di NUR LEMBAH PANGSUN, Hulu Langat. Selangor.

Modul-modul yang disediakan seperti DIAGNOS Saraf Tapak Tangan, Iridologi, RAWATAN Bekam Sunnah, Refleksologi dan Pembetulan Tulang Belakang.


Peserta kursus yang bertugas sebagai tenaga pengajar di beberapa penjara di Malaysia datang dari beberapa tempat seperti Penor, Pahang; Tapah, Perak; Alor Setar dan dari Kajang.


Tenaga pengajar PERHIJAM terdiri daripada Dr Abd Halim (Presiden PERHIJAM); Ramly Ahmad (Naib Presiden PERHIJAM); Sdr Hisham Rabat yang berpengalaman dalam Refleksologi; Ustaz Radzi dari Beranang yang terkenal dengan rawatan BEKAM LINTAH.


Modul perlatihan yang disediakan kepada para peserta adalah :
  1. Anatomi oleh Dr Abd Halim
  2. Diagnos saraf tapak tangan oleh Ramly Ahmad
  3. Iridologi oleh Ramly Ahmad
  4. Refleksologi oleh Hisaham Rabat dan Pn Laini
  5. Bekam Sunnah oleh Ustaz Abdul Hadi, Ramly Ahmad dan Pn Laini
  6. Pembetulan Tulang Belakang oleh Ustaz Radzi, Rahmat Joned dan Pn Raidah


Daripada para peserta sendiri, mereka juga ada beberapa kemahiran yang tersembunyi seperti Abdul Mutalib dari Kajang yang mahir dalam rawatan urut dan patah tulang; dan seorang peserta dari Alor Setar yang mahir dalam fisioterapi.


Semuga dengan kursus ini akan memantapkan lagi peserta yang telah ada kemahiran dengan ilmu yang baru; dan membuka peluang kepada peserta yang lain untuk terus bergiat dalam bidang perawatan yang baru dipelajari.

Monday 30 April 2012

PROGRAM DIAGNOS & RAWAT DI UTHM


Alhamdulillah, dengan izin ALLAH SWT; sekali lagi PERHIJAM dengan kerjasama Unit Sukan UTHM telah dapat mengadakan program DIAGNOS dan RAWAT pada 28hb APR dan 29hb APR, 2012 di dewan 3 dan 4 UTHM, Parit Raja, Johor.


Kali ini PERHIJAM menggabungkan tenaga perawat dari TEAM Pusat Latihan & Rawatan Holistik Nurul Iman, Hulu Langat; TEAM Rahmat & Aziz, TEAM Hj Zahaludin dari Klang dan TEAM Ustaz Radzi dari Beranang.


Pada sebelah malamnya, kami bermalam di Teratak Stokis Ramlee & Muslimah; dan peluang yang ada telah di manfaatkan dengan sebaik mungkin dengan menghabiskan masa dengan rawatan lintah dan yumeiho oleh TEAM USTAZ RADZI.


Program kali ini berjalan dengan lancar, pasien yang datang samada yang baru dan pasien ulangan telah berpuashati dengan rawatan yang diterima. Walaupun pada mulanya program ini hendak diadakan selama 4 hari; namun pengalaman bekerja dengan semua yang terlibat sungguh menyeronokkan. Banyak pengalaman yang baru dapat di timba samada dari pasien ataupun dari sesama perawat yang banyak pengalaman. Semuga ALLAH SWT memberkati usaha PERHIJAM yang sedikit ini dalam rangka untuk memperkenalkan terutamanya perawatan BEKAM SUNNAH yang SANGAT BERMANFAAT kepada masyarakat agar dapat mengecapi kesihatan yang sempurna. AMEEN