Muka Surat

Saturday, 7 April 2012

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT #1/2012

TARIKH: 31hb Mach dan 1hb April, 2012
TEMPAT: Dewan 3 dan 4 UTHM, Parit Raja. Johor.




Program ini telah berjalan selama 2 hari; bermula pada tengahari hari sabtu sehingga petang hari ahad. Pada hari sabtu telah diadakan majlis taklimat yang disampaikan oleh Presiden PERHIJAM, Dr A Halim dan disusuli dengan program "Diagnos dan Rawat" yang dikendalikan oleh Herbalis Ramly, Dr A Halim, Pn Laini dan dibantu oleh Cik Lutfiyah. Seramai 19 orang telah mendaftar untuk didiagnos dan dirawat.

Pada hari kedua, program bermula tepat jam 10 pagi. Pasien pertama adalah seorang kakitangan UTHM yang lengan kirinya tersimbah air panas. Pasien telah menerima rawatan akupuntur dari Dr A Halim dan berjaya dirawat dengan menggunakan minyak butbut.

Seramai 5 orang ahli PERHIJAM dari Kuala Lumpur telah datang membantu untuk menjayakan program yang julung kalinya dianjurkan oleh PERHIJAM bersama dengan PUSAT SUKAN, UTHM Parit Raja. Seramai 39 orang yang terdiri dari kakitangan UTHM, Pensyarah dan juga pelajar telah mengambil bahagian dalam program ini.

Dari maklumbalas yang diterima, pihak penganjur bercadang untuk mengadakan program seumpama ini setiap bulan kerana ramai yang tidak berkesempatan untuk mengambil bahagian pada kali pertama program ini dijalankan.

Semuga ALLAH S.W.T memberkati usaha kami yang tidak seberapa ini dan memberikan kesembuhan kepada mereka yang dirawat dalam sessi "Diagnos dan Rawat" yang lepas. AMEEN.

No comments:

Post a Comment