Muka Surat

Monday 24 September 2012

Majlis Diskusi Buku "Penyembuhan Penyakit ..."

INSYALLAH; PERHIJAM dengan kerjasama TIBBUN MUBARAK WELLNESS CENTRE yang beralamat di 9456  Bangunan Kedai Taman Guru Melayu, Senawang, Seremban akan menganjurkan satu majlis diskusi tentang buku PENYEMBUHAN PENYAKIT KAEDAH BEKAM CARA RASULULLAH S.A.W.pada 20hb OKTOBER, 2012 [Sabtu] mulai jam 11:30 pagi.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua AHLI PERHIJAM, perawat Perubatan Islam dan mereka yang ingin mendalami BEKAM SUNNAH dengan lebih terperinci. Mereka yang hendak mengikuti seminar jangka pendek ini dikehendaki mengesahkan kehadiran ANDA dengan menghubungi SETIAUSAHA PERHIJAM; Hj Zahaludin 019-3857349 SEGERA.

Mereka yang telah mempelajari BEKAM SUNNAH dan sedang mempraktikkannya adalah digalakkan untuk hadir supaya dapat memantapkan lagi pemahaman ANDA dan berpeluang untuk mendapat IJAZAH SANAD BEKAM SUNNAH daripada pembentang kertas kerja di atas.

Kepada mereka yang terlepas peluang untuk hadir pada majlis diskusi tentang buku ini pada kali pertama yang diadakan pada 18hb Mac, 2012 yang lalu, diharap tidak melepaskan peluang keemasan ini berlalu tanpa mengambil tindakan untuk mendaftarkan nama anda segera. Tempat adalah terhad.


Tibbun Mubarak Wellness Center
PENGANJUR:
TIBBUN MUBARAK WELLNESS CENTER
9456 Bangunan Kedai Taman Guru,
Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu.
70450 Seremban. Negri Sembilan.

Ustaz Abdul Hadi 019-6627374
Umair 019-572 9717

Kursus Bekam Asas

Tarikh: 23hb SEPT 2012
Tempat: Pusat Latihan & Rawatan Holistik Nurul Iman

Alhamdulillah, satu kursus bekam asas (sunnah) telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti di atas yang dikendali oleh Perunding Kesihatan Ramly. Kali ini kursus tersebut dihadiri oleh 4 orang sahaja; kesemuanya lelaki dari Lembah Klang.

Di antara modul yang di ajar kepada peserta adalah:

  • Anatomi dan fisiologi (Kulit, Kardiovaskular)
  • Jenis-jenis bekam dan aplikasi.
  • Kaedah bekam menggunakan jarum dan pisau sayat.
  • Tempat atau kawasan yang tidak boleh dibekam pada tubuh.
  • Titik bekam sunnah; titik bekam tulang belakang dan titik bekam organ.



Hj Zahaludin (S/U PERHIJAM) sedang memberikan penerangan tentang PERHIJAM kepada peserta kursus sebelum majlis penyampaian sijil dan majlis penutup.

Wednesday 19 September 2012

KURSUS-KURSUS ANJURAN PERHIJAM 2012/13

ÏÑ$ÝÅLLÂH  PERHIJAM akan mengadakan KURSUS ASAS PERAWATAN KOMPLEMENTARI  bagi mereka yang ingin menceburi bidang perubatan alternatif dan komplementari mulai JANUARI 2013 yang akan datang dengan modul-modul seperti:
  • Anatomi dan Fisiologi asas
  • Asas Diagnos (Saraf Tapak Tangan dan Iridologi)
  • Refleksologi / Kiropraktik Asas
  • Bekam Sunnah
Kursus di atas termasuk teori dan praktikal akan mengambil masa 1 minggu berterusan.

Sementara itu, untuk mereka yang telah pun mengikuti kursus Bekam Asas (Bekam Sunnah) anjuran PUSAT LATIHAN & RAWATAN HOLISTIK NURUL IMAN; boleh mengikuti PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT yang akan diadakan pada 7hb OKT 2012 di Pantai Permai (Belakang RTM) mulai jam 9:00 pagi hingga 2:00 petang sebagai syarat untuk melayakkan mereka mendapat pengiktirafan sebagai PERUNDING KESIHATAN PERUBATAN KOMPLEMENTARI dari KKM melalui PERHIJAM.

Satu majlis diskusi buku "PENYEMBUHAN PENYAKIT KAEDAH BEKAM CARA RASULULLAH S.A.W." karangan Syihab Al Badri Yasin akan diadakan di Seremban pada 20hb OKT, 2012 (Tentatif). Dalam program pertama yang telah diadakan di Ibu pejabat PEHRIJAM pada 18hb Mac, 2012, Ustaz Abd Hadi dari Seremban telah diberi penghormatan untuk mempengerusi majlis tersebut.

Sebagai satu langkah untuk memperkenalkan bekam sunnah kepada masyarakat di Malaysia, PERHIJAM membuka peluang kepada mana-mana badan NGO, KOPERASI dan lain-lain badan untuk bekerjasama mempromosikan BEKAM SUNNAH ini di tempat mereka. Untuk maksud tersebut mereka boleh menghubungi setiusaha PERHIJAM untuk membincangkan perkara tersebut dengan lebih terperinci.