Muka Surat

Showing posts with label diskusi. Show all posts
Showing posts with label diskusi. Show all posts

Wednesday, 19 September 2012

KURSUS-KURSUS ANJURAN PERHIJAM 2012/13

ÏÑ$ÝÅLLÂH  PERHIJAM akan mengadakan KURSUS ASAS PERAWATAN KOMPLEMENTARI  bagi mereka yang ingin menceburi bidang perubatan alternatif dan komplementari mulai JANUARI 2013 yang akan datang dengan modul-modul seperti:
  • Anatomi dan Fisiologi asas
  • Asas Diagnos (Saraf Tapak Tangan dan Iridologi)
  • Refleksologi / Kiropraktik Asas
  • Bekam Sunnah
Kursus di atas termasuk teori dan praktikal akan mengambil masa 1 minggu berterusan.

Sementara itu, untuk mereka yang telah pun mengikuti kursus Bekam Asas (Bekam Sunnah) anjuran PUSAT LATIHAN & RAWATAN HOLISTIK NURUL IMAN; boleh mengikuti PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT yang akan diadakan pada 7hb OKT 2012 di Pantai Permai (Belakang RTM) mulai jam 9:00 pagi hingga 2:00 petang sebagai syarat untuk melayakkan mereka mendapat pengiktirafan sebagai PERUNDING KESIHATAN PERUBATAN KOMPLEMENTARI dari KKM melalui PERHIJAM.

Satu majlis diskusi buku "PENYEMBUHAN PENYAKIT KAEDAH BEKAM CARA RASULULLAH S.A.W." karangan Syihab Al Badri Yasin akan diadakan di Seremban pada 20hb OKT, 2012 (Tentatif). Dalam program pertama yang telah diadakan di Ibu pejabat PEHRIJAM pada 18hb Mac, 2012, Ustaz Abd Hadi dari Seremban telah diberi penghormatan untuk mempengerusi majlis tersebut.

Sebagai satu langkah untuk memperkenalkan bekam sunnah kepada masyarakat di Malaysia, PERHIJAM membuka peluang kepada mana-mana badan NGO, KOPERASI dan lain-lain badan untuk bekerjasama mempromosikan BEKAM SUNNAH ini di tempat mereka. Untuk maksud tersebut mereka boleh menghubungi setiusaha PERHIJAM untuk membincangkan perkara tersebut dengan lebih terperinci.

Sunday, 11 March 2012

MAJLIS DISKUSI BUKU: "BEKAM SUNAH NABI .."

Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia [PERHIJAM] akan menganjurkan satu majlis DISKUSI BUKU:
"BEKAM SUNAH NABI SAW DAN MUKJIZAT PENYEMBUHAN CARA RASULULLAH SAW" seperti butiran di bawah:

TARIKH: : 18hb Mach 2012 [Ahad]
WAKTU: 8.30 PAGI -12.00 TGH.HARI,
TEMPAT: 2-2, JLN USJ 9/5Q, BUSINESS CENTRE USJ, SELANGOR.

Kepada semua pembekam-pembekam di seluruh MALAYSIA yang ingin bersama-sama untuk mengikuti program di atas, sila membuat pendaftaran awal dan sekiranya ANDA ada sebarang pertanyaan sila hubungi Dr. Abd Halim Basri (013-3440372) atau Us Abd Hadi (019-6627374).

Muslimin dan Muslimat yang telah biasa merawat dengan berbagai-bagai kaedah yang berlainan juga di jemput hadir beramai2 untuk ikuti program tersebut di atas dan seterusnya menjadi ahli PERHIJAM.