Muka Surat

Tuesday, 27 March 2012

AHLI JAWATANKUASA PERHIJAM 2012/13

Dengan izin ALLAH SWT dan dengan keberkatan RASULULLAH SAW; satu Mesyuarat Agung PERHIJAM [Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia] telah diadakan pada 18hb Mach, 2012 bertempat di 2-2, JLN USJ 9/5Q, BUSINESS CENTRE USJ, SELANGOR.

Sebelum mesyuarat agung dijalankan, satu majlis diskusi tentang buku "PENYEMBUHAN PENYAKIT KAEDAH BEKAM CARA RASULULLAH S.A.W" telah di ketuai oleh Ustaz Abdul Hadi dari Seremban telah dijalankan. Insyallah; pihak ahli jawatankuasa PERHIJAM yang baru akan mengadakan majlis-majlis ilmu seperti ini dari masa ke semasa.

Di bawah ini adalah senarai nama-nama ahli jawatankuasa yang baru:

PRESIDEN: DR HJ. ABDUL HALIM BIN BASRI (Selangor)
TIMBALAN PRESIDEN: USTAZ ABDUL HADI BIN MOHD ISA (Negri Sembilan)
NAIB PRESIDEN: RAMLY BIN AHMAD (Selangor)
SETIAUSAHA: HJ ZAHALUDIN BIN IBRAHIM (Selangor)
PENOLONG SETIAUSAHA: AZHAM AFFIF BIN ISHAK (Kedah)
BENDAHARI: HJ ISMAIL BIN HJ JONED (Selangor)
PENOLONG BENDAHARI: RAHMAT BIN JUNID (Selangor)

AHLI JAWATANKUASA:
  • MOHD KHAMLI BIN SARONI (Perak)
  • USTAZ MOHAMAD RADZI BIN ARIFFIN (Selangor)
  • ABD AZIZ BIN MAN (Wilayah Persekutuan)
  • RISMATON BT M ARIS (Selangor)
  • AZIRA BT MAMAT (Wilayah Persekutuan)
  • NOR RAIDAH BT MANSOR (Selangor)
  • NORLAILA B T SIRAJ (Selangor)
Semuga dengan terbentuknya jawatankuasa yang baru ini akan membuahkan banyak manfaat kepada UMMAH dan dapat membangkitkan semula zaman kegemilangan Perubatan Islam dan boleh diterima pakai oleh masyarakat di Malaysia khasnya yang beragama Islam. AMEEN.

Monday, 26 March 2012

PROGRAM TAKLIMAT & RAWATAN DI UTHM

TARIKH: 31 hb Mac dan 1 hb Apr 2012
MASA: Mula jam 2 ptg hari sabtu [31 hb mac] dan tamat pada 5 ptg hari ahad [1 hb apr]
TEMPAT: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, PARIT RAJA. JOHOR
TAKLIMAT: Tentang PERHIJAM, KAEDAH PERAWATAN yang disediakan; dan KURSUS-KURSUS PERAWATAN yang di sediakan.

AHLI-AHLI PERHIJAM yang ingin mengambil bahagian dalam SESSI PERAWATAN; di harap dapat datang dengan alat kelengkapan perawatan seperti SET BEKAM, JARUM AKUPUNTUR dan lain-lain alat yang berkaitan.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Encik Ramlee 013-7707259

Program akan di adakan dalam DEWAN 3 dan 4 di UTHM dengan kerjasama PUSAT SUKAN UTHM, Parit Raja JOHOR.

Sunday, 11 March 2012

MAJLIS DISKUSI BUKU: "BEKAM SUNAH NABI .."

Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia [PERHIJAM] akan menganjurkan satu majlis DISKUSI BUKU:
"BEKAM SUNAH NABI SAW DAN MUKJIZAT PENYEMBUHAN CARA RASULULLAH SAW" seperti butiran di bawah:

TARIKH: : 18hb Mach 2012 [Ahad]
WAKTU: 8.30 PAGI -12.00 TGH.HARI,
TEMPAT: 2-2, JLN USJ 9/5Q, BUSINESS CENTRE USJ, SELANGOR.

Kepada semua pembekam-pembekam di seluruh MALAYSIA yang ingin bersama-sama untuk mengikuti program di atas, sila membuat pendaftaran awal dan sekiranya ANDA ada sebarang pertanyaan sila hubungi Dr. Abd Halim Basri (013-3440372) atau Us Abd Hadi (019-6627374).

Muslimin dan Muslimat yang telah biasa merawat dengan berbagai-bagai kaedah yang berlainan juga di jemput hadir beramai2 untuk ikuti program tersebut di atas dan seterusnya menjadi ahli PERHIJAM.

Tuesday, 11 October 2011

Logo Terbaru PERHIJAM dengan no Kelulusan

Ahli Jawatankuasa PERHIJAM 2011/12

Kursus Akupuntur Bersiri - PERHIJAM Batch 4

Batch 1 - Dibawah kelolaan En Rahmad seramai 13 orang telah berjaya menghabiskan 5 modul Kursus Akupuntur bersiri yang dijalankan di Kg Kerinchi, pelajar-pelajarnya terdiri dari peserta dari Kuala Terengganu, Perak dan kawasan sekitarnya. Dijangkakan di anugerah Sijil pada November 2011 ini.

Batch 2 - Dibawah pengurusan Tn Hj Sahir dan anakandanya Cik Syifa' juga telah berjaya menghabiskan modul-modul Akupuntur untuk 12 orang, pelajar mereka ada yang datang dari Perak dan dari kawasan sekitarnya. Kursus ini dijalankan di Bandar Baru Bangi.  Dijangka kan di anugerah Sijil pada November 2011 ini.

Batch 3 - Team Herbalis Ustaz Radzi bertempat di Beranang, Selangor juga telah berjaya menghabiskan modul Kursus Akupuntur bersiri untuk seramai 13 orang.  Kursus ini dijalankan di Bandar Baru Bangi. Ada pelajar yang datang dari Bandung, Indonesia dan pelajar dari kawsan sekitarnya.  Dijangka kan di anugerah Sijil pada November 2011 ini.

Kini Batch ke 4 akan diadakan di Bilik Kuliah Kolej Komuniti Seri Manjung (Belakang Maybank), jangan lepaskan peluang ini kerana ianya tidak selalu datang bergolek. Ada pelajar dari jauh datang mencari ilmu kini PERHIJAM datang kepada penduduk Seri Manjung, pastinya ianya membawa berkah ......Ayuh mari melangkah bersama Gempur Perubatan Komplimentari 

Monday, 10 October 2011

Kursus Bersiri Akupuntur - Announcement ke 2




Assalamualaikum, PERHIJAM (www.hijamalaysia.blogspot.com)   akan mengadakan Kursus bersiri Akupuntur bersama Pengerusi PERHIJAM Dr Hj Abd Halim Basri (fb : drabdhalim basri ) pada 22 dan 23 Oktober 2011 (Sabtu Ahad) Syllabus adalah spt dibawah:

Modul 1:
Day 1 (10jam) : Anatomi Manusia, Teori Yin Yang, Teori Wu Xing, Teori 5 unsur, sejarah dan ciri akupuntur, rawatan penyakit dan risiko
Day 2 (10 jam): Mengenal 14 Meridian (preview shj) dan 9 point untuk dibawa pulang

Bayaran RM150 sehari (RM300.00 1 Modul) dan akan diberi percuma Buku ACUPOINT Petunjuk Praktis Akupuntur (Buku Rujukan), Nota Kuliah Tambahan dan Buku Anatomy Chart Medical Illustration, Serta untuk amali peralatan disediakan, makan minum disediakan (tempat tinggal sendiri)

Untuk kursus bersiri mempelajari secara terperinci dan untuk mendapatkan Sijil Akupuntur Praktis perlu menghabiskan modul dibawah (untuk dibincangkan bersama):

Modul 2 :
(10 jam) : Meridian Lung (11), Meridian Heart (9), Pericardium (9)
(10 jam) : Meridian San Jio (23), Large intestine (20), small intestine (11)
Modul 3  :
(10 jam) : Meridian Urinary Bladder (67)
(10 jam) : Meridian kidney (27) dan Stomach (45)
Modul 4  :
(10 jam) : Meridian Spleen (21) Liver (14) dan Ren (24)
(10 jam) : Meridian Gall Bladder (44), DU (26) dan EXtra
Modul 5   :
( 8 jam) : Program pembangunan Usahawan serta garispanduan membuka klinik Complimentary Medicines

Pelajar yang telah mendapat sijil Akupuntur Praktis PERHIJAM , boleh mendapatkan:
1. Menjadi ahli bersekutu PERHIJAM (www.hijammalaysia.blogspot.com )
2. Memohon skim Francais PERHIJAM (dalam proses)
3. Melanjutkan pelajaran ke Negeri China dalam bidang Akupuntur
4. Membuka klinik yg diiktiraf oleh kementerian Kesihatan setelah mendaftar SSM
5. Menjadi Klinik panel Medical Card Takaful Ikhlas, dan boleh membuat claim insurance atas pesakit
6. PERHIJAM mempunyai panel pemeriksa kualiti dan praktis terdiri dari Doktor Pakar dan Doktor physician yang membantu mengawal operasi klinik ahli
7. Terbaru..... PERHIJAM dalam proses untuk mendapatkan Program Melatih Usahawan dan bakal Usahawan untuk Anggota Tentera yang akan bersara dengan kontrak selama setahun oleh itu PERHIJAM memerlukan tenaga pengajar berwibawa dan yang sudah mendapat Sijil Akupuntur PERHIJAM akan diberi keutamaan 

Untuk keterangan lanjut hubungi Herbalis Hj Yusof Al Nekmat 0192075142, myusof.y@gmail.com (www.jawiherbscentre.blogspot.com) atau Dr Abd Halim Basri 0133440372
Untuk Pendaftaran Kursus Modul 1 sila Buat bayaran ke Akaun Maybank 558293502236 atau Bimb 0805010009176 dan Sms nama, no kp, tarikh dan masa bank in, nama bank kepada Mohd Yusof Nekmat 0192075142 (Resit akan di keluarkan)