Muka Surat

Saturday, 7 April 2012

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT #1/2012

TARIKH: 31hb Mach dan 1hb April, 2012
TEMPAT: Dewan 3 dan 4 UTHM, Parit Raja. Johor.




Program ini telah berjalan selama 2 hari; bermula pada tengahari hari sabtu sehingga petang hari ahad. Pada hari sabtu telah diadakan majlis taklimat yang disampaikan oleh Presiden PERHIJAM, Dr A Halim dan disusuli dengan program "Diagnos dan Rawat" yang dikendalikan oleh Herbalis Ramly, Dr A Halim, Pn Laini dan dibantu oleh Cik Lutfiyah. Seramai 19 orang telah mendaftar untuk didiagnos dan dirawat.

Pada hari kedua, program bermula tepat jam 10 pagi. Pasien pertama adalah seorang kakitangan UTHM yang lengan kirinya tersimbah air panas. Pasien telah menerima rawatan akupuntur dari Dr A Halim dan berjaya dirawat dengan menggunakan minyak butbut.

Seramai 5 orang ahli PERHIJAM dari Kuala Lumpur telah datang membantu untuk menjayakan program yang julung kalinya dianjurkan oleh PERHIJAM bersama dengan PUSAT SUKAN, UTHM Parit Raja. Seramai 39 orang yang terdiri dari kakitangan UTHM, Pensyarah dan juga pelajar telah mengambil bahagian dalam program ini.

Dari maklumbalas yang diterima, pihak penganjur bercadang untuk mengadakan program seumpama ini setiap bulan kerana ramai yang tidak berkesempatan untuk mengambil bahagian pada kali pertama program ini dijalankan.

Semuga ALLAH S.W.T memberkati usaha kami yang tidak seberapa ini dan memberikan kesembuhan kepada mereka yang dirawat dalam sessi "Diagnos dan Rawat" yang lepas. AMEEN.

Tuesday, 27 March 2012

AHLI JAWATANKUASA PERHIJAM 2012/13

Dengan izin ALLAH SWT dan dengan keberkatan RASULULLAH SAW; satu Mesyuarat Agung PERHIJAM [Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia] telah diadakan pada 18hb Mach, 2012 bertempat di 2-2, JLN USJ 9/5Q, BUSINESS CENTRE USJ, SELANGOR.

Sebelum mesyuarat agung dijalankan, satu majlis diskusi tentang buku "PENYEMBUHAN PENYAKIT KAEDAH BEKAM CARA RASULULLAH S.A.W" telah di ketuai oleh Ustaz Abdul Hadi dari Seremban telah dijalankan. Insyallah; pihak ahli jawatankuasa PERHIJAM yang baru akan mengadakan majlis-majlis ilmu seperti ini dari masa ke semasa.

Di bawah ini adalah senarai nama-nama ahli jawatankuasa yang baru:

PRESIDEN: DR HJ. ABDUL HALIM BIN BASRI (Selangor)
TIMBALAN PRESIDEN: USTAZ ABDUL HADI BIN MOHD ISA (Negri Sembilan)
NAIB PRESIDEN: RAMLY BIN AHMAD (Selangor)
SETIAUSAHA: HJ ZAHALUDIN BIN IBRAHIM (Selangor)
PENOLONG SETIAUSAHA: AZHAM AFFIF BIN ISHAK (Kedah)
BENDAHARI: HJ ISMAIL BIN HJ JONED (Selangor)
PENOLONG BENDAHARI: RAHMAT BIN JUNID (Selangor)

AHLI JAWATANKUASA:
  • MOHD KHAMLI BIN SARONI (Perak)
  • USTAZ MOHAMAD RADZI BIN ARIFFIN (Selangor)
  • ABD AZIZ BIN MAN (Wilayah Persekutuan)
  • RISMATON BT M ARIS (Selangor)
  • AZIRA BT MAMAT (Wilayah Persekutuan)
  • NOR RAIDAH BT MANSOR (Selangor)
  • NORLAILA B T SIRAJ (Selangor)
Semuga dengan terbentuknya jawatankuasa yang baru ini akan membuahkan banyak manfaat kepada UMMAH dan dapat membangkitkan semula zaman kegemilangan Perubatan Islam dan boleh diterima pakai oleh masyarakat di Malaysia khasnya yang beragama Islam. AMEEN.

Monday, 26 March 2012

PROGRAM TAKLIMAT & RAWATAN DI UTHM

TARIKH: 31 hb Mac dan 1 hb Apr 2012
MASA: Mula jam 2 ptg hari sabtu [31 hb mac] dan tamat pada 5 ptg hari ahad [1 hb apr]
TEMPAT: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, PARIT RAJA. JOHOR
TAKLIMAT: Tentang PERHIJAM, KAEDAH PERAWATAN yang disediakan; dan KURSUS-KURSUS PERAWATAN yang di sediakan.

AHLI-AHLI PERHIJAM yang ingin mengambil bahagian dalam SESSI PERAWATAN; di harap dapat datang dengan alat kelengkapan perawatan seperti SET BEKAM, JARUM AKUPUNTUR dan lain-lain alat yang berkaitan.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Encik Ramlee 013-7707259

Program akan di adakan dalam DEWAN 3 dan 4 di UTHM dengan kerjasama PUSAT SUKAN UTHM, Parit Raja JOHOR.

Sunday, 11 March 2012

MAJLIS DISKUSI BUKU: "BEKAM SUNAH NABI .."

Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia [PERHIJAM] akan menganjurkan satu majlis DISKUSI BUKU:
"BEKAM SUNAH NABI SAW DAN MUKJIZAT PENYEMBUHAN CARA RASULULLAH SAW" seperti butiran di bawah:

TARIKH: : 18hb Mach 2012 [Ahad]
WAKTU: 8.30 PAGI -12.00 TGH.HARI,
TEMPAT: 2-2, JLN USJ 9/5Q, BUSINESS CENTRE USJ, SELANGOR.

Kepada semua pembekam-pembekam di seluruh MALAYSIA yang ingin bersama-sama untuk mengikuti program di atas, sila membuat pendaftaran awal dan sekiranya ANDA ada sebarang pertanyaan sila hubungi Dr. Abd Halim Basri (013-3440372) atau Us Abd Hadi (019-6627374).

Muslimin dan Muslimat yang telah biasa merawat dengan berbagai-bagai kaedah yang berlainan juga di jemput hadir beramai2 untuk ikuti program tersebut di atas dan seterusnya menjadi ahli PERHIJAM.