Muka Surat

Monday, 24 September 2012

Kursus Bekam Asas

Tarikh: 23hb SEPT 2012
Tempat: Pusat Latihan & Rawatan Holistik Nurul Iman

Alhamdulillah, satu kursus bekam asas (sunnah) telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti di atas yang dikendali oleh Perunding Kesihatan Ramly. Kali ini kursus tersebut dihadiri oleh 4 orang sahaja; kesemuanya lelaki dari Lembah Klang.

Di antara modul yang di ajar kepada peserta adalah:

  • Anatomi dan fisiologi (Kulit, Kardiovaskular)
  • Jenis-jenis bekam dan aplikasi.
  • Kaedah bekam menggunakan jarum dan pisau sayat.
  • Tempat atau kawasan yang tidak boleh dibekam pada tubuh.
  • Titik bekam sunnah; titik bekam tulang belakang dan titik bekam organ.



Hj Zahaludin (S/U PERHIJAM) sedang memberikan penerangan tentang PERHIJAM kepada peserta kursus sebelum majlis penyampaian sijil dan majlis penutup.

Wednesday, 19 September 2012

KURSUS-KURSUS ANJURAN PERHIJAM 2012/13

ÏÑ$ÝÅLLÂH  PERHIJAM akan mengadakan KURSUS ASAS PERAWATAN KOMPLEMENTARI  bagi mereka yang ingin menceburi bidang perubatan alternatif dan komplementari mulai JANUARI 2013 yang akan datang dengan modul-modul seperti:
  • Anatomi dan Fisiologi asas
  • Asas Diagnos (Saraf Tapak Tangan dan Iridologi)
  • Refleksologi / Kiropraktik Asas
  • Bekam Sunnah
Kursus di atas termasuk teori dan praktikal akan mengambil masa 1 minggu berterusan.

Sementara itu, untuk mereka yang telah pun mengikuti kursus Bekam Asas (Bekam Sunnah) anjuran PUSAT LATIHAN & RAWATAN HOLISTIK NURUL IMAN; boleh mengikuti PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT yang akan diadakan pada 7hb OKT 2012 di Pantai Permai (Belakang RTM) mulai jam 9:00 pagi hingga 2:00 petang sebagai syarat untuk melayakkan mereka mendapat pengiktirafan sebagai PERUNDING KESIHATAN PERUBATAN KOMPLEMENTARI dari KKM melalui PERHIJAM.

Satu majlis diskusi buku "PENYEMBUHAN PENYAKIT KAEDAH BEKAM CARA RASULULLAH S.A.W." karangan Syihab Al Badri Yasin akan diadakan di Seremban pada 20hb OKT, 2012 (Tentatif). Dalam program pertama yang telah diadakan di Ibu pejabat PEHRIJAM pada 18hb Mac, 2012, Ustaz Abd Hadi dari Seremban telah diberi penghormatan untuk mempengerusi majlis tersebut.

Sebagai satu langkah untuk memperkenalkan bekam sunnah kepada masyarakat di Malaysia, PERHIJAM membuka peluang kepada mana-mana badan NGO, KOPERASI dan lain-lain badan untuk bekerjasama mempromosikan BEKAM SUNNAH ini di tempat mereka. Untuk maksud tersebut mereka boleh menghubungi setiusaha PERHIJAM untuk membincangkan perkara tersebut dengan lebih terperinci.

Tuesday, 8 May 2012

KURSUS RAWATAN KOMPLEMENTARI

ALHAMDULILLAH, PERHIJAM telah diberi kepercayaan oleh JABATAN PENJARA MALAYSIA untuk mengendalikan kursus di atas bermula 8hb MEI hingga 12hb MEI kepada 10 orang pegawai di NUR LEMBAH PANGSUN, Hulu Langat. Selangor.

Modul-modul yang disediakan seperti DIAGNOS Saraf Tapak Tangan, Iridologi, RAWATAN Bekam Sunnah, Refleksologi dan Pembetulan Tulang Belakang.


Peserta kursus yang bertugas sebagai tenaga pengajar di beberapa penjara di Malaysia datang dari beberapa tempat seperti Penor, Pahang; Tapah, Perak; Alor Setar dan dari Kajang.


Tenaga pengajar PERHIJAM terdiri daripada Dr Abd Halim (Presiden PERHIJAM); Ramly Ahmad (Naib Presiden PERHIJAM); Sdr Hisham Rabat yang berpengalaman dalam Refleksologi; Ustaz Radzi dari Beranang yang terkenal dengan rawatan BEKAM LINTAH.


Modul perlatihan yang disediakan kepada para peserta adalah :
  1. Anatomi oleh Dr Abd Halim
  2. Diagnos saraf tapak tangan oleh Ramly Ahmad
  3. Iridologi oleh Ramly Ahmad
  4. Refleksologi oleh Hisaham Rabat dan Pn Laini
  5. Bekam Sunnah oleh Ustaz Abdul Hadi, Ramly Ahmad dan Pn Laini
  6. Pembetulan Tulang Belakang oleh Ustaz Radzi, Rahmat Joned dan Pn Raidah


Daripada para peserta sendiri, mereka juga ada beberapa kemahiran yang tersembunyi seperti Abdul Mutalib dari Kajang yang mahir dalam rawatan urut dan patah tulang; dan seorang peserta dari Alor Setar yang mahir dalam fisioterapi.


Semuga dengan kursus ini akan memantapkan lagi peserta yang telah ada kemahiran dengan ilmu yang baru; dan membuka peluang kepada peserta yang lain untuk terus bergiat dalam bidang perawatan yang baru dipelajari.

Monday, 30 April 2012

PROGRAM DIAGNOS & RAWAT DI UTHM


Alhamdulillah, dengan izin ALLAH SWT; sekali lagi PERHIJAM dengan kerjasama Unit Sukan UTHM telah dapat mengadakan program DIAGNOS dan RAWAT pada 28hb APR dan 29hb APR, 2012 di dewan 3 dan 4 UTHM, Parit Raja, Johor.


Kali ini PERHIJAM menggabungkan tenaga perawat dari TEAM Pusat Latihan & Rawatan Holistik Nurul Iman, Hulu Langat; TEAM Rahmat & Aziz, TEAM Hj Zahaludin dari Klang dan TEAM Ustaz Radzi dari Beranang.


Pada sebelah malamnya, kami bermalam di Teratak Stokis Ramlee & Muslimah; dan peluang yang ada telah di manfaatkan dengan sebaik mungkin dengan menghabiskan masa dengan rawatan lintah dan yumeiho oleh TEAM USTAZ RADZI.


Program kali ini berjalan dengan lancar, pasien yang datang samada yang baru dan pasien ulangan telah berpuashati dengan rawatan yang diterima. Walaupun pada mulanya program ini hendak diadakan selama 4 hari; namun pengalaman bekerja dengan semua yang terlibat sungguh menyeronokkan. Banyak pengalaman yang baru dapat di timba samada dari pasien ataupun dari sesama perawat yang banyak pengalaman. Semuga ALLAH SWT memberkati usaha PERHIJAM yang sedikit ini dalam rangka untuk memperkenalkan terutamanya perawatan BEKAM SUNNAH yang SANGAT BERMANFAAT kepada masyarakat agar dapat mengecapi kesihatan yang sempurna. AMEEN

Saturday, 7 April 2012

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT #1/2012

TARIKH: 31hb Mach dan 1hb April, 2012
TEMPAT: Dewan 3 dan 4 UTHM, Parit Raja. Johor.




Program ini telah berjalan selama 2 hari; bermula pada tengahari hari sabtu sehingga petang hari ahad. Pada hari sabtu telah diadakan majlis taklimat yang disampaikan oleh Presiden PERHIJAM, Dr A Halim dan disusuli dengan program "Diagnos dan Rawat" yang dikendalikan oleh Herbalis Ramly, Dr A Halim, Pn Laini dan dibantu oleh Cik Lutfiyah. Seramai 19 orang telah mendaftar untuk didiagnos dan dirawat.

Pada hari kedua, program bermula tepat jam 10 pagi. Pasien pertama adalah seorang kakitangan UTHM yang lengan kirinya tersimbah air panas. Pasien telah menerima rawatan akupuntur dari Dr A Halim dan berjaya dirawat dengan menggunakan minyak butbut.

Seramai 5 orang ahli PERHIJAM dari Kuala Lumpur telah datang membantu untuk menjayakan program yang julung kalinya dianjurkan oleh PERHIJAM bersama dengan PUSAT SUKAN, UTHM Parit Raja. Seramai 39 orang yang terdiri dari kakitangan UTHM, Pensyarah dan juga pelajar telah mengambil bahagian dalam program ini.

Dari maklumbalas yang diterima, pihak penganjur bercadang untuk mengadakan program seumpama ini setiap bulan kerana ramai yang tidak berkesempatan untuk mengambil bahagian pada kali pertama program ini dijalankan.

Semuga ALLAH S.W.T memberkati usaha kami yang tidak seberapa ini dan memberikan kesembuhan kepada mereka yang dirawat dalam sessi "Diagnos dan Rawat" yang lepas. AMEEN.